Ads 468x60px

Monday 16 January 2012

KEM PERMATA 2012

Pada 14 dan 15 Januari yang lepas seramai 88 orang atlet pelajar baru Sekolah Sukan Bukit Jalil telah menyertai Kem Permata 2012. Kem ini merupakan program yang dirancang khas oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Ko Kurikulum Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kem ini telah diadakan di Permaisuri D'Lisbon Hotel, Melaka selama 2 hari 1 malam. Sepanjang kem ini berlangsung, peserta kem telah didedahkan dengan pelbagai aspek kehidupan bagi melengkapkan diri mereka sebagai seorang talet yang berwibawa pada masa akan datang. Aspek ketetapan masa, menerima arahan dan kerja sepasukan diantara aspek yang diterapkan kepada setiap peserta kem ini. Aspek-aspek ini penting dalam memberi halatuju kepada atlet pelajar baru yang datang ke Sekolah Sukan Bukit Jalil selaras misi dan visi sekolah untuk melihat atlet pelajar ini terus berjaya dalam lapangan sukan yang diceburi. 

::: SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA:::


Aik...sempat lagi bergaya..

Nyanyian lagu Negaraku - semangat patriotisme

Akhirnya kapal perang kami siap...

Read more ...

Tuesday 10 January 2012

KARNIVAL JOM MASUK U 2012

Read more ...

LAWATAN PELAJAR BARU KE BAHAGIAN SUKAN, KPM

Pada 10.01.2012, seramai 105 orang atlet pelajar baru SSBJ telah menyertai lawatan ke Bahagian Sukan, KPM. Rombongan yang tiba, telah disambut oleh Tn. Hj. Zainuddin bin Abas Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, wakil kepada Puan Pengarah. Rombongan ini telah mendengar sedikit amanat daripada Tn. Hj. Zainuddin bin Abas, Tuan Syed Mohamad Al Adros bin Tuan Muning, Tn. Hj. Harmiles bin Daramin dan juga  En. Muraleedharan A/L Vasuthevan tentang perancangan Bahagian Sukan terhadap program di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil. Besar harapan mereka untuk melihat atlet pelajar yang terpilih ini untuk terus maju dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Sebelum balik, atlet pelajar ini dibawa melawat ke sekitar Putrajaya.

Ucapan oleh Tuan Syed Mohamad Al Adros bin Tuan Muning 

Tn. Hj. Zainuddin bin Abas mengalu-alukan rombongan atlet pelajar baru SSBJ

"Selamat berjaya"

"Jumpa lagi"

"Semoga berjaya"

Ucapan  oleh Tn. Hj. Harmiles bin Daramin   

Read more ...

Sunday 8 January 2012

Pendaftaran Pelajar baru 2012

:::SELAMAT DATANG KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL:::

Pada 8 Januari 2012, Sekolah Sukan Bukit Jalil telah menerima 106 orang atlet palajar baru yang terdiri daripada pelbagai jenis sukan. Pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi, telah disertai oleh semua lapisan warga Sekolah Sukan Bukit Jalil  yang terlibat dengan aktiviti pendaftaran ini. Ibubapa juga telah diberikan taklimat yang khusus Majlis Dialog Ibubapa oleh barisan pentadbir sekolah yang terdiri daripada pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil, Puan Marina Chin, Penolong Kanan HEM, En. Suhaimi Sun Abdullah, Penolong Kanan Akademik Puan Hajjah Suryani Abd Ghani, Penolong Kanan Sukan, En. Kon Chen Choong, Penolong Kanan Ko Kurikulum, En. Huzaidi Hussin dan juga wakil daripada Bahagian Sukan, Puan Vimala Davy A/P G. Ramiah. Majlis Dialog ini, telah menjelaskan serba sedikit halatuju Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pendaftran pelajar ini telah berakhir jam  3 petang. Semua atlet pelajar baru akan terlibat dengan Minggu Orientasi sepanjang minggu ini dengan aktiviti yang menarik yang telah disusunatur oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama semua warga SSBJ. Selain daripada itu, semua pelajar akan menyertai satu kem pada hujung minggu di Lisbon Hotel, Melaka. Harapan kepada semua pelajar baru diharap dapat menanamkan cita-cita untuk terus gemilang di SSBJ dan persada sukan antarabangsa. 
Guru-guru sedang membantu atlet pelajar baru untuk proses pendaftaran.
Read more ...

Thursday 5 January 2012

Program Lasykar Pelangi

Ceramah Halatuju telah berlangsung di Dewan Olimpik SSBj pada 5 Jan 2012, sasaran program ini  yang dianjurkan ini adalah untuk memberi panduan dan fokus kepada semua atlet pelajar bagi menghadapi tahun 2012 . Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din yang merupakan Pengarah Institut Sosial Malaysia. Ceramah yang berlangsung memberi fokus kepada halatju pelajar dalam bidang sukan dan juga akademik. Diharap perkongsian ini mampu memberi pengetahuan yang berguna kepada semua warga SSBJ. 
Read more ...

Wednesday 4 January 2012

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi Sesi Akademik 2012/2013

9 JANUARI 2012 hingga 2 APRIL 2012 - Tarikh permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi Sesi Akademik 2012/2013 :
i - Lepasan Matrikulasi/Asasi
ii - Lepasan STPM
iii- Lepasan STAM
iv- Lepasan Diploma/Setaraf
... v - Lepasan SPM/Setaraf (FASA2)

http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf
upu.mohe.gov.my
Read more ...

Tuesday 3 January 2012

Selamat Datang 2012 & Selamat Kembali ke Sekolah Atlet Pelajar SSBJ

Selamat datang tahun 2012,

Pada 3 Januari 2012, atlet pelajar SSBJ telah kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2012, pendaftaran pelajar telah berlangsung di Dewan Olimpik Sekolah Sukan Bukit Jalil. Semoga atlet pelajar akan memberi lebih fokus kepada akademik mahupun sukan yang diceburi, selain daripada itu mengekalkan sahsiah diri yang tinggi.
Read more ...