Ads 468x60px

Wednesday 6 November 2013

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

 logo baru KPM
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif jugamembawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian TinggiHurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan MalaysiaBentuk Bulatmelambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlanganPutih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Read more ...

Monday 8 July 2013

Salam Ramadan Al Mubarak

Unit Bimbingan dan Kaunseling SSBJ mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadan Al Mubarak. Semoga Ramadan ini memberi keberkatan dalam aktiviti yang dilakukan.




Read more ...

Monday 10 June 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE PRA UNIVERSITI 2013

SEMAKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SESI 2013/2014

KLIK disini untuk semakan segera


Semakan boleh dibuat mulai 17 JUN 2013 melalui laman sesawang 

Read more ...

Tuesday 14 May 2013

KISAH SEDIH : BEKAS NASI GORENG AMIRA


Kisah Sedih: Bekas Nasi Goreng Amira
Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.
Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.
Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.
Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.
Sampai di rumah, malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?
Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.
Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.
Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.
Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.
Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.
Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.
Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.
Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.
Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.
ooo ya ker jom jom kita buka bekal.
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.
Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.
Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.
Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?
Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.
Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.
Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.
Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.
Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.
Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.
Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.
Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.
Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.
Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu hati ni.
Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.
Saya berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.
Terima kasih
Read more ...

Monday 13 May 2013

Permohonan Biasiswa MARA 2013


Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:  

Maklumat Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bagi melanjutkan pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2013.  

Program Yang Ditawarkan 

  • Program Ijazah Luar Negara
  • Program Ijazah Dalam Negara
  • Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA
  • Muat turun senari lengkap program di disini
Syarat Kelayakan 
  • Terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia dimana salah seorang ibu ATAU bapa mestilah berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 buat kali pertama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
  • Lihat syarat penuh mengikut program di sini

MAKLUMAT LANJUT DAN CARA MENDAFTAR


Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012 atau muat turun file pdf ini
Read more ...

Sunday 12 May 2013

PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN


Permohonan ke Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh memohon melalui laman sesawang disini
Tarikh tutu permohonan : 29 MEI 2013
Read more ...

Monday 15 April 2013

KEM KEPIMPINAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA 2013


Pada 11-14 April 2013, buat julung kalinya Kem Kepimpinan Sekolah  Sukan Malaysia telah diadakan di SSBJ. Kem ini melibatkan pemimpin pelajar daripada 4 buah sekolah sukan Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dirancang selama 4 hari 3 malam.
Ucapan YBhg Dato' Seri Zolkeples  Embong, Pengarah MSN
semangat betul pemimpin-pemimpin ni.... (",)/




















Tahniah kepada semua peserta, semoga menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang...



Read more ...

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG PMR DAN SPM 2012


Pada 10 April 2013, Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Pelajar 2012 telah diadakan di Dewan Olimpik Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Read more ...

Tuesday 9 April 2013

SSBJ serah derma wira Lahad Datu


Pada 20 Mac 2013 : Atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil telah berjaya menyerahkan sumbangan ikhlas hasil kutipan mereka kepada Pegawai Perhubungan Sekolah Inspektor Suhaimi Suib. Tayangan video , penyerahan kad ucapan dan penyerahan sumbangan menjadi agenda utama majlis ini diadakan. Sesungguhnya kesibukan atlet pelajar SSBJ dalam latihan dan akademik tidak pernah lupa perjuangan wira negara di Lahad Datu, semoga semangat patriotikyang tertanam dalam diri setiap insan di SSBJ akan kekal selamanya.
Read more ...

Thursday 21 March 2013

SEKALUNG TAHNIAH




Tahniah...Tahniah..Tahniah... 
kepada semua yang BERJAYA....
Apa jua keputusan yang anda terima "Anda adalah seorang yang BERJAYA".

Jangan lupa untuk teruskan perjuangan dalam arena yang lebih BERJAYA pada masa akan datang..

:::belajar hingga BERJAYA:::


sekitar majlis penyerahan keputusan SPM 2012..











bingkisan kenangan "Suatu Masa Lalu"


Read more ...

Tuesday 19 March 2013

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013

Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013, berikut adalah berita baik kepada anda semua.


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:




KETERANGAN PROGRAM:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

iklan : DISINI

klik DISINI untuk memohon..

KPLSPM 2013


STRUKTUR PROGRAM:

  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.   DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:

  • Bahasa Melayu;
  • Sejarah;
  • Satu (1) mata pelajaran yang lain;  serta
  • lulus Bahasa Inggeris.

  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:

1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON:

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP:

Tarikh tutup 31 Mac 2013 (11.59 Malam)


Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC & SMA/SMU 

Ambilan Khas Jun 2012

Adalah dimaklumkan juga bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2013 akan dibuka pada tarikh yang sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013 di atas.


Nama Program   : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah  : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa

  • Keterangan lain berkenaan program ini boleh didapati dalam iklan yang sama.

PERTANYAAN
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240


URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH
NO. TELEFON: 088-236804


URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045
Read more ...

Saturday 9 February 2013

SAMBUTAN MALIDUR RASUL MSN-ISN-SSBJ 1434 H

Pada 8 Februari 2013 yang lepas Sambutan Maulidur Rasul peringkat MSN-ISN-SSBJ julung kali diadakan bagi meraikan hari kebesaran Rasulullah S.A.W. Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik diantaranya ialah 
- Bacaan Ayat Suci Al-Quran
- Nasyid kumpulan Mestica
- Forum yang bertajuk "Selangkah ke Rasulullah"
- Bacaan Selawat ke atas Rasul S.A.W
 InsyaAllah semoga sambutan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang...



credit to facebook Mestica

Read more ...

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA SSBJ YANG MERAIKANNYA...:-)

Read more ...

Monday 4 February 2013

KEM PEMBANGUNAN DIRI ATLET PELAJAR BARU 2013

Pada 2 dan 3 Januari 2013 yang lepas, SSBJ telah mengadakan satu kem yang diadakan di Kem Tasik Biru, Melaka. Kem yang dianjurkan ini adalah bertujuan melatih dan membentuk halatuju atlet pelajar yang baru sahaja menjejak kaki di SSBJ.








Read more ...

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN GURU PENASIHAT DAN PEMIMPIN PELAJAR 2013



Pada 30 Januari 2013, SSBJ telah mengadakan satu majlis bagi meraikan perlantikan guru penasihat dan pemimpin pelajar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur. 



Pada majlis tersebut juga, penyampaian bantuan awal persekolahan juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat DCP Dato' Mohmad Bin Salleh. 

Read more ...

Tuesday 29 January 2013

PERMOHONAN PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SESI 2013/2014

PERHATIAN !!!

Permohonan ke Program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014 akan dibuka secara atas talian (on line) mulai 4 Februari 2013 hingga 31 Mac 2013.

Untuk memohon sila klik Disini


Tatacara Permohonan Program Prauniversiti bagi Murid Lepasan Sijil Pelajaran Malays

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara on line di web KPM http://www.moe.gov.my/
  2. Tarikh permohonan dibuka pada 4 Februari 2013 hingga 31 Mac 2013.
  3. Mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih.
  4. Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan kepada : 
          Pengarah 
          Bahagian Sukan
          Kementerian Pelajaran Malaysia
          Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
          Pusat Pendtadbiran Kerajaan Persekutuan
          62604 PUTRAJAYA
          (u/p : Unit Sekolah Sukan Malaysia)

         *kepada atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, sila serahkan borang yang lengkap kepada 
           kaunselor anda.



SYARAT PERMOHONAN 
  1. Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
  2. Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  3. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  4. Aktif dalam sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis SUkan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan.
  5. Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.

Read more ...

Thursday 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 H


Salam Maulidur Rasul 1434 H kepada semua warga SSBJ, InsyaAllah...pelbagai program akan diatur bagi memperingati hari kebesaran Rasul tercinta..
Read more ...

Tuesday 22 January 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2013


Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013
Jom Masuk U 

 

Read more ...

Monday 14 January 2013

Panduan mengisi borang permohonan UPU Online


Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my



PERMOHONAN 

Login 

Klik butang permohonan pada menu utama.

Masukan butiran berikut (muka depan): 
·        
  •       Nombor Kad Pengenalan/ MyKad; 
  •       Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan; 
  •             Nombor Unik ID; 
  •            Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  •       Panduan pembelian Nombor Unik ID [disini]
Read more ...

Friday 11 January 2013

SELAMAT DATANG ATLET PELAJAR BARU 2013

Pada 6 Januari 2013, pendaftaran atlet pelajar baru telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 91 orang atlet pelajar baru teah mendaftarkan diri pada tarikh tersebut. Sempena pendaftaran atlet pelajar baru ini juga , Program Titian Mesra akan diadakan sebagai orientasi kepada atlet pelajar ini. 

Selamat Datang dan 
Selamat Maju Jaya di SSBJ.
Read more ...

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013

1 januari 2013 telah mula membuka lembarannya, pasti semua pelajar punya keazaman yang tinggi dalam mengharungi tahun 2013 ini. Semoga SUKSES selalu dalam apa jua bidang yang anda ceburi baik sukan mahupun akademik, jangan lupa sahsiah diri pun perlu dipertingkatkan , biar semuanya seiring dalam menggapai kejayaan.






Read more ...