Ads 468x60px

Tuesday 17 February 2015

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015

 
 

 

iklan disini

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

1. KETERANGAN PROGRAM
1.1 Nama Program :
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan
bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti  
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 
(PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di
IPG berkenaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP
dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4)
tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau
selepas 30 Jun 1995.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang
  Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+
dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran
yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
2.7 Lulus Bahasa Inggeris.
2.8 Memenuhi syarat bidang pengkhususan 
(Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

3. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
3.1.1 Bahasa Melayu 3.1.11 Pendidikan Muzik
3.1.2 Bahasa Inggeris 3.1.12 Pendidikan Pemulihan
3.1.3 Bahasa Arab 3.1.13 Pendidikan Khas
3.1.4 Bahasa Tamil 3.1.14 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1.5 Bahasa Cina 3.1.15 Sejarah
3.1.6 Bahasa Iban 3.1.16 Reka Bentuk dan Teknologi
3.1.7 Bahasa Kadazandusun 3.1.17 Matematik
3.1.8 Pendidikan Jasmani 3.1.18 Sains
3.1.9 Pendidikan Islam 3.1.19 Bimbingan dan Kaunseling
3.1.10 Pendidikan Seni Visual
3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.2.1 Bahasa Melayu
3.2.9 Pendidikan Khas
3.2.2 Bahasa Inggeris
3.2.10 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.2.3 Bahasa Cina
3.2.11 Sejarah
3.2.4 Pendidikan Jasmani
3.2.12 Reka Bentuk dan Teknologi
3.2.5 Pendidikan Islam 3.2.13 Matematik
3.2.6 Pendidikan Seni Visual 3.2.14 Sains
3.2.7 Pendidikan Muzik
3.2.15 Bimbingan dan Kaunseling
3.2.8 Pendidikan Pemulihan
3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
3.3.1 Bahasa Melayu 3.3.9 Pendidikan Khas
3.3.2 Bahasa Inggeris
3.3.10 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.3.3 Bahasa Tamil 3.3.11 Sejarah
3.3.4 Pendidikan Jasmani 3.3.12 Reka Bentuk dan Teknologi
3.3.5 Pendidikan Islam 3.3.13 Matematik
3.3.6 Pendidikan Seni Visual 3.3.14 Sains
3.3.7 Pendidikan Muzik 3.3.15 Bimbingan dan Kaunseling
3.3.8 Pendidikan Pemulihan
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan
tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh
agensi kerajaan.
3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru,
tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan
penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari
laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat
: http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria 
yang telah ditetapkan oleh KPM.  
Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang :
http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan,  
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, 
syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan  
boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup 
permohonan. 
Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan
sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan
permohonan ditolak.
PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 MAC 2015 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan
dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan
Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760
Read more ...

Monday 2 February 2015

PERMOHONAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI SESI 2015/2016

PERMOHONAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI SESI 2015/2016 TELAH DIBUKA PADA 1 FEBRUARI 2015 DAN TARIH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31 MAC 2015.

=============================================

 =============================================

 =============================================

MAKLUMAN

Perhatian kepada pemohon :-
  1. Calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2015. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

PANDUAN PERMOHONAN


Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di http://apps5.moe.gov.my/prau/index.html
  2. Mencetak borang tersebut DAN melengkapkan maklumat pada ruang berikut:
    • Ruang E. Ulasan Jurulatih
    • Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
    • Ruang G. Perakuan
    • Ruang H. Pengesahan
  3. Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Sukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.
  4. Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut :
  5. Pengarah
    Bahagian Sukan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 PUTRAJAYA
    (u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)
NOTA PENTING: Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.




HUBUNGI KAMI


Pertanyaan Umum (PERMOHONAN) : Fauziah Ahmad
Email : fauziah.ahmad@moe.gov.my
No. Tel : 03-8884 1172/1114
Aduan Sistem Online (TEKNIKAL) :
Nur Ilyani/Angelina William
Email : ilyaniahmad@moe.gov.my/
angelina.william@moe.gov.my
No. Tel : 03-8884 1334/1336


Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 4.00 ptg

Read more ...