Ads 468x60px

Sunday 9 December 2012

PENTING : KEMASUKAN KE IPTA/Politeknik/ILKA





7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 : 
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka. 
Kemasukan adalah pada : 
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013 


LAMAN RASMI : http://upu.mohe.gov.my/
Read more ...

Thursday 15 November 2012

PERMOHONAN KE IPT

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

sumber : http://upu.mohe.gov.my/
Read more ...

Sunday 11 November 2012

Khidmat Masyarakat


                         PELAJAR Sekolah Sukan Bukit Jalil membantu membersihkan laman rumah salah seorang mangsa kejadian 
                         puting beliung di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 11 Nov. - Dua penduduk cedera selepas kawasan rumah mereka dilanda puting beliung di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini hari ini.
Puting beliung serta angin kencang yang melanda kawasan itu kira-kira pukul 8.30 pagi turut mengakibatkan 33 buah rumah rosak.
Kejadian yang berlaku itu melibatkan sebanyak 165 penduduk yang kebanyakannya sedang berehat di rumah sempena cuti hujung minggu.
Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, puting beliung yang melanda datang dari arah laut menuju ke pantai kira-kira lima minit itu mengakibatkan tujuh buah rumah terjejas teruk di bahagian bumbung.
...
Read more ...

Friday 2 November 2012

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2012


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2012.

SEMOGA USAHA DAN PENGORBANAN ANDA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN.

ALL THE BEST MY STUDENT....


Read more ...

Tips Menghadapi Peperiksaan


9 Tips Menghadapi Peperiksaan

Menghadapi peperiksaan
Sudahkah anda bersediamenghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebatmenghadapi peperiksaan?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untukmenghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan9 tipsuntuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelummenghadapi peperiksaan.

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
 
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.


Sumber :Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan
Read more ...

Sunday 7 October 2012

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2012

Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini di seluruh negara. Seramai 64 orang calon Sekolah Sukan Bukit Jalil juga bakal menduduki PMR pada 9 Oktober sehinggalah 16 Oktober 2012.


SELAMAT BERJAYA SEMUA


Jadual Peperiksaan PMR 2012 dowload disini.

Read more ...

Wednesday 26 September 2012

:::KEM MOTIVASI SPM 2012:::

Akhirnya Kem Motivasi SPM 2012 berjaya juga dilaksanakan, selama 3 hari 2 malam seramai 62 orang atlet pelajar dan 17 orang guru merangkap fasilitator Kem berkumpul di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan satu harapan untuk meMOTIVASIkan calon-calon SPM 2012....







Read more ...

Tuesday 14 August 2012

SALAM AIDILFITRI

 SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Read more ...

Sunday 12 August 2012

TAHNIAH PANDELELA


Malaysia's Pandelela wins bronze in diving event

Sarawakian Pandelela Rinong becomes Malaysia's first ever woman's medalist, and first ever Olympic winner outside of badminton, when she won the Women's 10m Platform event.

Chinese star Chen Ruolin peeled off five fantastic dives to score 422.30 points and beat her nearest rival by 55.8 points in the most convincing victory in the seven diving events so far at the Aquatics Centre.

Australia's Brittany Broben took silver with 366.50 and Pandelela Rinong claimed the bronze with 359.20 to give Malaysia a first-ever Olympic diving medal.

Pandelela, 19, was in tears as she savored a landmark medal for Malaysia.

"I feel very proud and happy because I just won a medal for Malaysia. It's really an honour. It's a great, great thing for Malaysia," Pandelela said.

"I feel very proud of Malaysia. I hope Malaysia is proud of me.

"Diving is not that popular (in Malaysia) like badminton. I hope I will be inspiring the youth (to take up diving)."


sumber : http://sport.malaysia.msn.com
Read more ...

Friday 3 August 2012

Kementerian Pelajaran Rai Atlet Yang Cemerlang Di Sukan Sekolah-Sekolah Asean

KUALA LUMPUR: Seramai 100 atlet yang meraih pingat pada kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean di Surabaya, Indonesia, pada 28 Jun hingga 6 Julai lepas, menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Pelajaran, Khamis.
Sijil penghargaan untuk atlet yang meraih pingat emas, perak dan gangsa itu disampaikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud pada majlis di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini.
"Kementerian menyediakan prasarana sukan yang secukupnya di seluruh negara kerana sukan merupakan alat perpaduan di kalangan murid.
"Saya berharap atlet sekarang khususnya pelajar sekolah dapat terus bersaingdan cemerlang di peringkat antarabangsa," kata Abd Ghafar pada majlis itu.
Pada sukan itu Malaysia meraih 29 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa.
Atlet balapan 800 meter lelaki, Jeeventhiran Victor, 17, berkata beliau sangat berpuas hati kerana menyumbang satu pingat emas buat negara.
"Saya amat berbangga dengan kejayaan itu dan akan terus berusaha mengharumkan nama negara pada pertandingan akan datang," katanya.
Bagi atlet pelapis badminton, Soo Teck Zhi, 16, yang meraih pingat perak, berkata latihan yang bersungguh-sungguh sebelum hari perlawanan nyata tidak sia-sia.
"Meskipun hanya dapat pingat perak, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian di sana (Indonesia)," katanya.-BERNAMA

sumber : http://mstar.com.my
Read more ...

Sunday 29 July 2012

:::KEM MOTIVASI PMR 2012:::

Pada 27 -29 Julai 2012, seramai 65 orang atlet pelajar Tingkatan 3 iaitu calon PMR 2012 telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi PMR 2012 yang diadakan di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Kem yang diadakan adalah bertujuan memberi motivasi dan persediaan kepada atlet pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sebagai panduan dan pengetahuan kepada atlet pelajar dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Semoga Kem Motivasi yang dijalankan itu sedikit sebanyak memberi motivasi yang berterusan kepada calon PMR SSBJ dan dijelmakan dalam keputusan yang cemerlang kelak. 

Terima Kasih semua...

Peace
Fun
Share




Album



Read more ...

Thursday 19 July 2012

:::SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK:::

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA...KEPADA WARGA SSBJ , SEMOGA RAMADAN INI AKAN MENJADI BULAN INI INDAH KEPADA KITA SEMUA...
Read more ...

Wednesday 13 June 2012

::: SEMAKAN KE PROGRAM KPLSPM 2012 :::

Semakan tawaran ke Program KPLSPM ambilan Jun 2012 boleh disemak pada 11 Jun 2012.

Sila klik disini untuk membuat semakan anda.

Tahniah kepada yang berjaya.


Read more ...

::: MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 5S DAN PROGRAM S.U.A.I SERTA PELANCARAN TABUNG KAMI PRIHATIN:::

Pada 11 Jun 2012, satu majlis perasmian program 3 in 1 telah dilancarkan dengan jayanya. Program yang dimaksudkan ialah program 5S, Program S.U.A.I dan pelancaran Tabung Kami Prihatin yang telah dirasmikan oleh Y.B Tuan P. Kamalanathan iaitu ahli parlimen Hulu Selangor.


Read more ...

Tuesday 5 June 2012

:::PENTING::: Semakan Kemasukan Ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia, KPM Bagi Semester 1 Sesi 2012/2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi Akademik 2012.

Sila klik disini  untuk membuat semakan anda.
Read more ...

Friday 18 May 2012

::Terima Kasih Cikgu:::Sambutan Hari Guru SSBJ 2012:::

18 Mei 2012, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Sukan Bukit Jalil telah diadakan dengan jayanya.
Banyak betul aktiviti menarik yang telah dipertontonkan persembahan guru / jurulatih, pelajar pun ada,  tidak lupa juga Perasmian  Program Amalan Guru Penyayang ...Semua ceria gembira semoga menjadi kenangan manis setiap warga SSBJ...Terima Kasih CIKGU...

snap-snap hari guru..jeng..jeng..





Read more ...

Tuesday 15 May 2012

::: SELAMAT HARI GURU:::

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA


JASAMU DIKENANG

Read more ...

Sunday 6 May 2012

::: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL :::

Read more ...

Semakan Status Keputusan Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Status Keputusan Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi 
Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf boleh disemak 
mulai 7 Mei 2012 (Isnin) jam 12.00 tengah hari melalui 
laman web berikut:

1. http://upu.mohe.gov.my/
2. http://www.jpt.utm.my/
3. http://jpt.uum.edu.my/
4. https://jpt.unimas.my/
5. http://jpt.ums.edu.my/

ATAU melalui SMS. Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888..

Read more ...

Wednesday 25 April 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012

Kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 klik disini untuk Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.





Apa itu Tingkatan Enam?






Tingkatan 6


Pengenalan
Tingkatan 6 adalah program pengajian peringkat pra-universiti kerajaan yang ada di sekolah menengah terpilih di seluruh Malaysia. Sebelum ini, pelajar Tingkatan 6 menduduki peperiksaan pada akhir semester.
Bermula pada 2012, pelajar Tingkatan 6 akan menduduki tiga tahap peperiksaan, tetapi bukan peperiksaan besar. Pengajian ini juga dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera, berikutan ramai pelajar Bumiputera memilih melanjutkan ke peringkat Matrikulasi.
Struktur
Bermula sesi pengambilan 2012, kerajaan telah melaksanakan sistem modular dalam peperiksaan. Sistem ini berdasarkan kepada pengajian tiga semester dengan pelajar yang mendudukinya akan dinilai pada setiap akhir semester. Perubahan ini dilakukan bagi memudahkan pelajar menyesuaikan diri sebaik berada di alam universiti kerana sistem yang digunapakai menerusi Tingkatan 6 ini sama dengan sistem universiti.
Usaha baru ini mendapat persetujuan daripada ahli politik dan pelajar itu sendiri. Ini disebabkan oleh fakta bahawa sistem modular yang akan mengubah cara pandangan Tingkatan 6 sebagai kesinambungan sekolah menengah. 
Dengan sistem baru ini, pelajar Tingkatan 6 akan belajar untuk mengambil bahagian dalam perbincangan bilik darjah secara aktif dan berpemikiran bebas. Di samping itu, sistem ini juga akan mengurangkan beban tugas mereka sebagai pelajar, yang mana mereka akan dinilai bagi setiap subjek pada setiap akhir semester dan tidak secara sekali gus pada akhir atau setengah tahun pengajian.
Pelajar Tingkatan 6 boleh mengambil maksimum lima subjek. Semua subjek yang berkaitan dengan Sains dan Matematik (Matematik S, Matematik T, Matematik Lanjut T, Pengkomputeran, Fizik, Kimia dan Biologi) akan diajar dalam bahasa Inggeris, manakala kertas (subjek) lain yang diambil diajar dalam Bahasa Malaysia kecuali bagi kertas bahasa. 
Untuk layak ke universiti awam di Malaysia, pelajar mesti mengambil Pengajian Am dan sekurang-kurangnya tiga subjek lain. Kursus tertentu memerlukan subjek tertentu untuk kemasukan. Sebagai contoh, Perubatan memerlukan lulus subjek Matematik, Biologi dan Kimia.
Berikut adalah subjek yang disediakan:
  • Pengajian Am 
  • Bahasa Melayu 
  • Bahasa Cina 
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab 
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu 
  • Syariah (Perundangan Islam)
  • Usuluddin 
  • Sejarah 
  • Geografi 
  • Ekonomi 
  • Pengajian Perniagaan 
  • Perakaunan 
  • Matematik S (tidak boleh diambil bersama Matematik T)
  • Matematik T (tidak boleh diambil bersama Matematik S)
  • Matematik Lanjut T (hanya boleh diambil bersama Matematik T)
  • Pengkomputeran (hanya boleh didapati di sekolah tertentu sahaja)
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Sukan 
  • Seni Visual 
  • Sistem Penggredan
Purata Mata Gred Kumulatif (PNGK) adalah antara 0.0 hingga 4.0. Berikut adalah jadual mata gred yang diberikan untuk setiap gred;
GredMata Gred
A4.00
A-3.67
B+3.33
B3.00
B-2.67
C+2.33
C2.00
C-1.67
D+1.33
D1.00
F0.00
Skor C dan ke atas menunjukkan lulus. PNGK dikira oleh pembundaran sehingga purata empat subjek terbaik kepada dua titik perpuluhan.
Kelayakan
Kursus ini terbuka kepada pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera dari sekolah kerajaan. Pelajar yang telah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah swasta juga dapat melanjutkan pembelajaran di Tingkatan 6, tetapi mereka perlu mendaftar secara berasingan di pusat-pusat kerajaan yang layak untuk menduduki peperiksaan. Ini kerana pelajar ini tidak secara langsung dari sekolah kerajaan dan sekolah mereka tidak menawarkan Tingkatan 6. Pelajar yang mempunyai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak dibenarkan menjalani Tingkatan 6.  
Pelajar yang bercadang untuk mendaftar dalam Tingkatan 6 sepatutnya tamat SPM dan kelayakan untuk masuk ke Tingkatan 6 ialah enam kredit iaitu Bahasa Malaysia dan tiga subjek lain. Calon hendaklah berumur antara 17 dan 20 tahun.
Kos
Tingkatan 6 adalah kursus pra-universiti. Kos pengajiannya adalah murah iaitu RM255 bagi calon persendirian. Bagi calon sekolah kerajaan adalah percuma. Ini adalah pilihan terbaik pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk mereka mengikuti kursus pra-universiti swasta.
Kursus pra-universiti swasta dan kolej swasta melibatkan kos antara RM10,000 hingga RM25,000. Ini adalah pilihan terbaik bagi pelajar yang tidak mempunyai dana mencukupi untuk mengambil pra-universiti di institusi swasta.
Pengiktirafan

Ia diterima di mana-mana universiti tempatan dan semua institusi asing lain, terutama mereka yang tinggal di negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Republik Ireland.
Tempoh
Tempoh pengajian di Tingkatan 6 mengambil masa selama satu setengah tahun yang dibahagikan kepada enam atas dan enam bawah. Terdapat tiga peperiksaan pendek yang diadakan:
  • Di akhir enam bawah
  • Pertengahan tahun enam atas dan,
  • Di akhir enam atas
Badan kerajaan
Tingkatan 6 ditadbir oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). MPM adalah sebuah badan kerajaan yang menyelia beberapa peperiksaan utama di Malaysia seperti (PTK) serta Malaysian University English Test (MUET).
Read more ...

Thursday 12 April 2012

PERHATIAN PELAJAR LEPASAN SPM 2011



SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA (BUKAN PENDIDIKAN) BOLEH MELALUI LAMAN WEB DI BAWAH. TEMU DUGA AKAN DIJALANKAN DARI 12 HINGGA 24 APRIL 2012.KLIK LINK DIBAWAH :

>> UTM
>> UiTM
>> UPSI
>> UPNM

&

Read more ...

Wednesday 28 March 2012

Bukit Jalil Sports School girls perform well in SPM exams


BADMINTON player Evelyn Chee Yi Lyn and pole vaulter Jasmine Cheah Kar Munn have proven that students can excel in both studies and sports.
Both Evelyn and Jasmine, students at the Bukit Jalil Sports School (BJSS), scored 9As in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 examinations. Another badminton player Erica Khoo Pei Shan had 7As and 2Bs while artistic gymnast Farah Ann Abdul Hadi settled for 5As.
BJSS principal Datuk Marina Chin said a total 100 students, from the school, sat for the SPM examinations last year.
Awesome foursom e: (from left) Farah, Jasmine, Erica and Evelyn celebrate with their SPM results.
“We had a record 100% passes and 10 students had 5As and more. The results are certainly encouraging and better than the previous year,’’ said Marina.
The 18-year-old Evelyn, who hails from Sungai Petani, Kedah, said her results were a pleasant surprise.
“I did not expect to score 9As. But I had studied well during weekends after a hectic six-day badminton training programme. My teachers had helped me a lot,’’ said Evelyn, who won the gold medal in the girls singles in the Asean Schools Games in Singapore last year.
The lanky lass aspires to an engineer but would love to continue to be active in badminton as well. She is looking forward to a scholarship to pursue a degree programme.
Jasmine, winner of the silver medal in pole vault in the 2012 Malaysia Games in Malacca, was also happy with her achievement in SPM.
“I did not have any problem dividing my time between athletics and studies. I followed the training programme by my coach Teh Weng Chang and also attended classes without fail,’’ said Jasmine.
Jasmine has a personal best of 3.20m and was a silver medal winner in the 2012 Malaysia Games in Malacca. She was also the gold medal winner in the Milo-Malaysian Schools Sports Council (MSSM) athletics championships last year.
Due to an injury, Jasmine, who hails from Kuala Lumpur, has taken a break from training. But she will resume training after securing a place in a higher learning institution.
Jasmine, a sprinter during her primary school days, aspires to be a doctor and hopes to get a scholarship to pursue her ambition.
“I will continue to be active in athletics,’’ said Jasmine.
The 18-year-old Erica, who is from Kuala Lumpur, was happy with her results in the SPM.
“The results are encouraging. I am keen to continue playing badminton at a higher level. My parents have left it to me make the decision,’’ said Erica.
Erica and her partner Chow Mei Kuan won the gold medal in the girls’ Under-18 doubles event in the MSSM championships last year. Erica was also a member of Malaysian team who won the team silver in the Asean Schools Games in Singapore last year.
For Farah it was quite tough as she was in Indonesia for the SEA Games, during the SPM examinations.
In the SEA Games, she won a silver medal in the uneven bars.
“I had to sit for some papers after the SEA Games,’’ said Farah, who was named as the Best Overall student of BJSS last year.
She is currently in training and is expected to represent Malaysia in the Asean Schools Games in Jakarta.
Marina said the students would have the option to join the Pre-U programme at BJSS.
“We had a briefing for all the 100 students and explained to them the options available to them. Some may want to join private colleges and also secure scholarship from other organisations.
“We would like to see all the students excel in sports and studies,’’ said Marina.
Read more ...

Thursday 22 March 2012

PERMOHONAN KE PROGRAM PERGURUAN

Kepada atlet pelajar yang berminat dengan untuk melanjutkan pelajaran ke

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

sila ke link ini untuk membuat permohonan anda http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/


Read more ...

Wednesday 21 March 2012

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...

Keputusan SPM telah diumumkan, tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang, dan bagi yang kurang bernasib baik teruskan usaha anda. Kehidupan anda baru sahaja bermula pada fasa yang berikutntya buatlah pilihan yang tepat dan terbaik demi masa depan anda. Singgahlah ke Karnival Pendidikan yang dianjurkan untuk mendapat maklumat yang jelas tentang kursus-kursus yang ditawarkan. Sebarang pertanyaan bolehlah rujuk kepada kami disini.  
Read more ...

Monday 19 March 2012

EKSPO SELANGKAH KE UiTM

Dapatkan maklumat lanjut dan terperinci tentang menyambung pengajian di UiTM (Universiti Teknologi Mara). Lawati EKSPO SELANGKAH KE UiTM di seluruh Malaysia pada 24 Mac - 25 Mac 2012;


Read more ...

Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012


Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012, berikut adalah berita baik kepada anda semua.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
KETERANGAN PROGRAM:
  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan
  • Mod Kursus: Sepenuh Masa
STRUKTUR PROGRAM
  • Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)
  • Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta ;
    • lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
1.  Sekolah Kebangsaan (SK)
2.  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 05 April 2012.
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Read more ...

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. 


Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. 



Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.



Sekian, terima kasih.



Read more ...

Friday 17 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Perarakan bermula.


Maulidur Rasul ( kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

            Pada 17 Februari 2012, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan diantaranya perarakan di sekitar sekolah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Nasyid dan ceramah Maulidur Rasul. Di harap sambutan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang, sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Perarakan pelajar dan guru

Read more ...