Ads 468x60px

Sunday 11 November 2012

Khidmat Masyarakat


                         PELAJAR Sekolah Sukan Bukit Jalil membantu membersihkan laman rumah salah seorang mangsa kejadian 
                         puting beliung di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 11 Nov. - Dua penduduk cedera selepas kawasan rumah mereka dilanda puting beliung di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini hari ini.
Puting beliung serta angin kencang yang melanda kawasan itu kira-kira pukul 8.30 pagi turut mengakibatkan 33 buah rumah rosak.
Kejadian yang berlaku itu melibatkan sebanyak 165 penduduk yang kebanyakannya sedang berehat di rumah sempena cuti hujung minggu.
Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, puting beliung yang melanda datang dari arah laut menuju ke pantai kira-kira lima minit itu mengakibatkan tujuh buah rumah terjejas teruk di bahagian bumbung.
...

0 comments:

Post a Comment