Perarakan bermula. |
Maulidur Rasul ( kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Pada 17 Februari 2012, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan diantaranya perarakan di sekitar sekolah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Nasyid dan ceramah Maulidur Rasul. Di harap sambutan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang, sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Perarakan pelajar dan guru |
0 comments:
Post a Comment