Ads 468x60px

Tuesday 7 February 2012

:: LAWATAN KE KOTA SINGA ::

Pada 4 Februari 2012, pasukan bolasepak All Star Bukit Jalil yang diwakili oleh pegawai Sekolah Sukan Bukit Jalil yang terdiri daripada guru, jurulatih dan kakitangan sokongan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pegawai daripada Victoria School , Singapore di padang sekolah berkenaan. Perlawanan persahabatan tersebut telah berlangsung pada jam 4.30 petang. Tujuan utama perlawanan persahabatan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antarabangsa kedua-dua buah sekolah sukan. 
Pasukan Hari Harimau SSBJ (All Star BJSS) bergambar sebelum perlawanan dimulakan. 
Pada keesokan harinya pula, rombongan ini turut mengadakan perlawanan persahabatan bersama-sama pasukan pegawai daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota iaitu Sekolah Sukan Negeri Melaka. Perlawanan yang berlangsung dengan keputusan seri 2-2 itu, diharap tidak berakhir disitu, tetapi  jalinan dan hubungan diantara kedua-dua buah sekolah sukan  ini akan terus berkekalan pada masa akan datang. 
        Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan kerja warga SSBJ khususnya dan SSBJ dengan pihak luar amnya. 

0 comments:

Post a Comment