Ads 468x60px

Thursday, 15 November 2012

PERMOHONAN KE IPT

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

sumber : http://upu.mohe.gov.my/
Read more ...

Sunday, 11 November 2012

Khidmat Masyarakat


                         PELAJAR Sekolah Sukan Bukit Jalil membantu membersihkan laman rumah salah seorang mangsa kejadian 
                         puting beliung di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 11 Nov. - Dua penduduk cedera selepas kawasan rumah mereka dilanda puting beliung di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini hari ini.
Puting beliung serta angin kencang yang melanda kawasan itu kira-kira pukul 8.30 pagi turut mengakibatkan 33 buah rumah rosak.
Kejadian yang berlaku itu melibatkan sebanyak 165 penduduk yang kebanyakannya sedang berehat di rumah sempena cuti hujung minggu.
Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, puting beliung yang melanda datang dari arah laut menuju ke pantai kira-kira lima minit itu mengakibatkan tujuh buah rumah terjejas teruk di bahagian bumbung.
...
Read more ...

Friday, 2 November 2012

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2012


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2012.

SEMOGA USAHA DAN PENGORBANAN ANDA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN.

ALL THE BEST MY STUDENT....


Read more ...

Tips Menghadapi Peperiksaan


9 Tips Menghadapi Peperiksaan

Menghadapi peperiksaan
Sudahkah anda bersediamenghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebatmenghadapi peperiksaan?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untukmenghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan9 tipsuntuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelummenghadapi peperiksaan.

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
 
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.


Sumber :Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan
Read more ...