Ads 468x60px

Monday 16 January 2012

KEM PERMATA 2012

Pada 14 dan 15 Januari yang lepas seramai 88 orang atlet pelajar baru Sekolah Sukan Bukit Jalil telah menyertai Kem Permata 2012. Kem ini merupakan program yang dirancang khas oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Ko Kurikulum Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kem ini telah diadakan di Permaisuri D'Lisbon Hotel, Melaka selama 2 hari 1 malam. Sepanjang kem ini berlangsung, peserta kem telah didedahkan dengan pelbagai aspek kehidupan bagi melengkapkan diri mereka sebagai seorang talet yang berwibawa pada masa akan datang. Aspek ketetapan masa, menerima arahan dan kerja sepasukan diantara aspek yang diterapkan kepada setiap peserta kem ini. Aspek-aspek ini penting dalam memberi halatuju kepada atlet pelajar baru yang datang ke Sekolah Sukan Bukit Jalil selaras misi dan visi sekolah untuk melihat atlet pelajar ini terus berjaya dalam lapangan sukan yang diceburi. 

::: SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA:::


Aik...sempat lagi bergaya..

Nyanyian lagu Negaraku - semangat patriotisme

Akhirnya kapal perang kami siap...

0 comments:

Post a Comment