Ads 468x60px

Sunday 8 January 2012

Pendaftaran Pelajar baru 2012

:::SELAMAT DATANG KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL:::

Pada 8 Januari 2012, Sekolah Sukan Bukit Jalil telah menerima 106 orang atlet palajar baru yang terdiri daripada pelbagai jenis sukan. Pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi, telah disertai oleh semua lapisan warga Sekolah Sukan Bukit Jalil  yang terlibat dengan aktiviti pendaftaran ini. Ibubapa juga telah diberikan taklimat yang khusus Majlis Dialog Ibubapa oleh barisan pentadbir sekolah yang terdiri daripada pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil, Puan Marina Chin, Penolong Kanan HEM, En. Suhaimi Sun Abdullah, Penolong Kanan Akademik Puan Hajjah Suryani Abd Ghani, Penolong Kanan Sukan, En. Kon Chen Choong, Penolong Kanan Ko Kurikulum, En. Huzaidi Hussin dan juga wakil daripada Bahagian Sukan, Puan Vimala Davy A/P G. Ramiah. Majlis Dialog ini, telah menjelaskan serba sedikit halatuju Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pendaftran pelajar ini telah berakhir jam  3 petang. Semua atlet pelajar baru akan terlibat dengan Minggu Orientasi sepanjang minggu ini dengan aktiviti yang menarik yang telah disusunatur oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama semua warga SSBJ. Selain daripada itu, semua pelajar akan menyertai satu kem pada hujung minggu di Lisbon Hotel, Melaka. Harapan kepada semua pelajar baru diharap dapat menanamkan cita-cita untuk terus gemilang di SSBJ dan persada sukan antarabangsa. 
Guru-guru sedang membantu atlet pelajar baru untuk proses pendaftaran.

0 comments:

Post a Comment